Followers

Mustika's Guest

Showing posts with label Sekadar Renungan.... Show all posts
Showing posts with label Sekadar Renungan.... Show all posts

Saturday, 19 December 2009

HIKMAH BERWUDUK

ASSALAMUALAIKUM​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​.​
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang
dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah
dosa
mulut dan lidahku ini".
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,​putihkanlah
muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya
Allah,​berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy
Mu"
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di
atas kepala.


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, lagu2
berunsur maksiat ..


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,
permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan
tempat-tempat maksiat"


Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam
menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat
Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
sampaikan pesanan ni kat rakan-rakan yang lain. Insya Allah dapat
pahala berdakwah.

Saturday, 17 October 2009

Motivasi

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda
dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam
merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.
- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi.

Kesejahteraan memberikan peringatan, bencana memberikan nasihat.

Wahai anak muda, jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya belajar, engkau harus menanggung pahitnya kebodohan.


Janganlah sekali-sekali engkau mempercayai kasih sayang yang datang tiba-tiba, karena dia akan meninggalkanmu dengan tiba-tiba juga.


Pilih olehmu menjadi pihak yang kalah tapi benar. Dan janganlah sekali-sekali engkau menjadi pemenang tetapi zalim.
- Pythagoras -

Jangan membanggakan apa yang telah engkau lakukan hari ini, sebab engkau tidak akan tahu apa yang akan diberikan hari esok.

Orang yang bercita-cita tinggi adalah orang yang menganggap teguran keras baginya lebih lembut daripada sanjungan merdu seorang penjilat yang berlebih-lebihan.

Kesejahteraan memberikan peringatan, bencana memberikan nasihat.

Saturday, 20 June 2009

IQRA'

Bacalah sehingga habis.....
Saya hampir membuang email ini namun
saya telah diberi keberkatan untuk
membaca terus hingga ke penghujung.
ALLAH , bila saya membaca e-mail ini,
saya fikir saya tidak ada masa untuk
ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.
Kemudian saya tersedar bahawa
pemikiran semacam inilah yang..
Sebenarnya , menimbulkan pelbagai
masaalah di dunia ini.


Kita cuba menyimpan ALLAH didalam
MASJID pada hari Jumaat..
Mungkin malam JUMAAT?
Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?
Kita suka ALLAH pada masa kita
sakit....


Dan sudah pasti waktu ada kematian...
Walau bagaimanapun kita tidak ada masa
atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja
atau bermain?


Kerana.. Kita merasakan diwaktu itu
kita mampu dan sewajarnya mengurus
sendiri tanpa bergantung padaNYA..
Semoga ALLAH mengampuni aku kerana
menyangka. .Bahawa nun di sana masih
ada tempat dan waktu dimana ALLAH
bukan lah yang paling utama dalam
hidup ku. (nauzubillah)


Kita sepatutnya senantiasa mengenang
akan segala yang telah DIA berikan
kepada kita.


DIA telah memberikan segala-galanya
ke pada kita sebelum kita meminta.
RENUNGKANLAH!


Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-
BENAR MENGHAYATI!!
Ya aku CINTA ALLAH!!
Dia adalah sumber kewujudanku dan
Penyelamatku


IA lah yang mengerakkan ku setiap
detik dan hari. TanpaNYA aku adalah
HAMPAS yang tak berguna.
Ini adalah ujian yang mudah.
Kalau anda benar meyintai ALLAH dan
tidak berasa malu akan segala kebaikan
yang telah diberi ALLAH kepada mu...
Kirimkan kepada orang dan kepada
pengirim anda.


Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk
berbuat demikian?
Pastika n anda scroll hingga ke
penghabisan.Susah vs. Senang
Kenapa susah sangat nak sampaikan
kebenar an?
Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi
sebaik saja selesai ceramah kita segar
kembali?


Kenapa mudah sekali membuang e-mail
agama tetapi kita bangga mem "forward"
kan email yang tak senonoh?
Hadiah yang paling istemewa yang
pernah kita terima.
Solat adalah yang terbaik....
Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran
lumayan.


Notes: Tidak kah melucukan betapa
mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman
PADA ALLAH setelah itu hairan
kenapakah dunia ini menjadi neraka
bagi mereka.


Tidakkah melucukan bila seseorang
berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH"
TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN.
(who, by the way, also "believes" in
ALLAH ).


Tidakkah melucukan bagaimana anda
mampu hantar ribuan email lawak yang
akhirnya tersebar bagai api yang tidak
terkawal., tetapi bila anda hantar
email mengenai ISLAM , ramai orang
fikir 10 kali untuk berkongsi.

peringatan buat manusia

Assalamualaikum ....
Hanya Ingin Mengingatkan.....

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1.Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2.Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3.Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4.Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu:

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Wassalam.

malam pertama kita

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Kerana sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala..,badan.., dan kaki diikatkan
Tataplah... tataplah...itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan.. yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah tlah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Sunday, 7 June 2009

Kejamkah Kita?

Catatan ini aku ambil dari ruangan Buletin Tagged...

Baca dan hayatilah...
sekiranya perlu, ambillah ia sebagai iktibar...

"Pada suatu hari..ada ssorg datang dlm hidup kita.. dan kita tak pernah harapkan kehadirannya.. namun dia tetap meminta supaya kita menerima cintanya.. dan setelah sekian lama kita tutup pintu hati..akhirnya kita bukakan jugak utk dirinya..wpun dengan penuh hati2 kerana kita sentiasa rasa takut utk bercinta lagi..

Dalam perlahan2.. kita mula menyemai kasih, kita mula rasa rindu dan rasa syg yg amat mendalam. Kerana mmg benarlah cinta ini boleh dipupuk.. Dan hati kita cumalah utknya.. Dan peringkat yg paling bahaya apabila kita mula sanggup berkorban utk dirinya.. Kita korbankan segalanya.. masa, wang ringgit dan maruah diri semata2 kerana cintakannya.. Semuanya kerana syg dan cintakannya.. Wpun dgn kawan kita sanggup berkorban..apatah lagi utk kekasih hati... kerana mungkin kita sendiri pernah merasai kesusahan itu dan kita cuma ingin menolong..

Dan tiba2 kita tersedar apabila dia sebenarnya tidak pernah pun syg dan cintakan kita.. Dalam hati dia tidak pernah ada sedikit pun perasaan syg itu. Rupa2nya selama nie dia cuma mempermainkan perasaan kita sbb ingin mengambil kesempatan dari kita. Ingin mempergunakan kebaikan kita...Dan bila dia dah dapat segalanya.. dia mula meninggalkan kita..

Adakah kita yg bersalah kerana terlalu baik? Atau kita terlalu bodoh? Atau kita terlalu naif dgn dunia skrg? So, kalau kita dalam kesusahan.. jgn harapkan pertolongan daripada sesiapa kerana kita sendiri yg mencipta dunia ini supaya ianya menjadi sebegini kejam. Dan sekiranya ada sesiapa yg mengharapkan pertolongan daripada kita... lebih baik kita sentiasa berfikiran negatif..."


~Renung² dan fikir² kan lah wahai wira dan wirawati sekalian....~

Saturday, 6 June 2009

MUTIARA KATA

Kadang-kadang ALLAH Sembunyikan Matahari,DIA Turunkan Hujan,Ribut dan Petir..Kita Bersedih dan Tertanya-tanya Kemana Hilangnya Matahari?? Rupa-rupanya ALLAH nak Hadiahkan Kita PELANGI Yang AMAT INDAH""Hidup ini umpama Mesin Pengasah,samada ia menghancurkan anda atau menggilap anda..... Anda sendiri yang menentukannya.""Laut mati..MATI hanya kerana ia menerima air dan tidak mengeluarkan setitik pun airnya.Ia sembelit dan sesak.Salah satu hukum hidup yang agung ialah hukum peredaran. Sentiasalah mengedarkan kebaikan dan kebaikan akan sentiasa mengedarkan anda.""Jika kita tidak mampu menjadi garam untuk memasinkan ikan..jangan pula kita menjadi langau untuk merosakkan ikan tersebut.""Apabila seorang Samurai sejati bertarung,Ia bersedia untuk menghadapi maut, tetapi yang lazimnya lawannyalah yang menemui ajal.""Mereka yang berjaya sebenarnya lebih banyak gagal daripada yang tidak berjaya...hanya kerana mereka lebih banyak mencuba daripada mereka yang tidak berjaya." ANDA PERCAYA..... ANDA BUAT........ ANDA PASTI BERJAYA!!!

Feedback

Dr.Fadhilah Kamsah menulis ¿¿..

Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib."Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih

COMMENTS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...