Followers

Mustika's Guest

Saturday 1 March 2014

Tutorial Bayar / Renew / Melanjutkan Penggunaan Aplikasi WhatsApp

Assalamualaikum..
Hai geng !
Hah! Kali ni Musz nak ajar macam mana nak bayar/renew/melanjutkan penggunaan aplikasi WhatsApp.


WhatsApp kena bayar??
Mesti ramai yang tak tahu kan??
Hihi.. macam ni.. 
Penggunaan aplikasi WhatsApp ni percuma untuk setahun je.
Lepas tu, kita kena bayar.
Kadar bayarannya mengikut tahun.. Ikut suka kita lah nak renew berapa tahun.
Kat bawah ni ada price list untuk renew WhatsApp.

Harga dia memang dalam US Dollar (USD).
Harga US$0.99 lebih kurang dalam RM4.++.
Kena checklah currencynya. Currency akan berubah-ubah setiap hari.

Macam mana nak check Payment Info ni?
1. Buka dulu aplikasi WhatsApp.              
2. Klik Menu.                                            
3. Klik Account.                                        
4. Klik Payment Info.                               

Then, akan keluarlah macam ni.

Ada 2 pilihan cara pembayaran.
1. Google Wallet                             
2. Paypal.                                         

Musz prefer cara bayar menggunakan akaun Paypal via Maybank.
TAK PERLU NAK CONVERT DARI MYR (Ringgit Malaysia) KEPADA USD sebab, kalau guna Paypal, dia dah automatik convert ikut currency semasa.

Kalau sesiapa yang belum ada akaun Paypal, kat bawah ni Musz ada letak linknya.

Tutorial Mendaftar Akaun Paypal Menggunakan Kad Debit Maybank


Now, kita start cara bayar / renew aplikasi WhatsApp ni.

1. Pilih mana-mana Purchase Extension yang kita suka & mampu.

Dengan syarat, duit kita mencukupi dalam akaun Maybank.

2. Klik kat Payment Issues.


3. Then, akan keluar macam ni dekat browser / internet kat handphone masing-masing. Lepas tu klik kat Check out with Paypal.


4. Klik Log in to Paypal.


5. Then, Log In akaun Paypal menggunakan email & password akaun Paypal korang.


6. Sahkan pembayaran korang. Klik Continue.

7. Then akan muncullah macam ni yang menyatakan pembayaran korang sudah berjaya :D


8. Korang akan dapat SMS menyatakan pembayaran WhatsApp korang...
Kalau korang pergi semula dekat Payment Info, Tarikh Luput akan berubah. :D
 Cth: Deadline 10 Julai 2014, selepas pembayaran,
dia akan jadi 10 Julai 2019.

Macam mana cara nak buka Payment Info??
Ada dah Musz terangkan kat atas.

9. Korang Log In Maybank2u korang.
Pastu, korang check kat akaun korang kat bahagian Debit History.
Dah ditolak siap-siap pembayaran WhatsApp tu.



10. Then, Log In akaun Paypal korang. Check kat bahagian My Recent Activity  sama ada transaksi pembayaran kepada WhatsApp Inc. berlaku atau tidak dan bertepatan dengan harga pembelian kita.



(Kredit kepada Sati-Clan untuk Gambar 3, 4, 5, 6, & 7)

Tamat.
SELAMAT MENCUBA. :D

1 comment:

  1. Best Casinos Near DC (WA) - Mapyro
    Mapyro is a free 광주 출장샵 and easy way to explore DC's best casino. Find the closest casinos 동두천 출장안마 to DC, 양산 출장샵 find 광주광역 출장안마 details for opening hours and 동해 출장샵 closing times,

    ReplyDelete

COMMENTS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...