Followers

Mustika's Guest

Saturday 1 March 2014

Tutorial Mendaftar Akaun Paypal Menggunakan Kad Debit Maybank


Hai Assalamualaikum semua !
Hari ni Musz nak cerita pasal Paypal...
Apa tu Paypal??

PayPal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima duit. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat. Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita.
Kelebihan menggunakan PayPal
  • Cepat – pembayaran dibuat serta-merta
  • Privasi – PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual.
  • Global – PayPal diterima hampir kesemua negara di dunia ini, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran pada peringkat tempatan ataupun antarabangsa.
  • Mudah – Menghantar wang / Membuat pembayaran dengan hanya berberapa klik sahaja.
  • Dipercayai – Mengetuai dalam industi membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan.
  • Keberkesanan – Ianya adalah percuma untuk menghantar wang, dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan.
Kredit to: Ziefauzi.com

 Kat website mana ada penggunaan Paypal??
Banyak..
Contohnya, blog-blog untuk urusan jual beli barang, eBay & lain-lain lagi.

Mendaftar Akaun Paypal Menggunakan 
Kad Debit Maybank

1. Pastikan korang ada kad debit/atm Maybank & dalam akaun tu paling tak pun ada dalam RM15.00.

BENDA PENTING
Korang WAJIB call Maybank Careline (1 300 88 6688)
Minta pegawai/operator Maybank tu AKTIFKAN korang punya 
"Maybankcard Secure Online Shopping Registration"



2. Buka website Paypal.  http://www.paypal.com/
Pilih negara korang. Kalau Malaysia, Malaysia lah.





 

3. Ni lah homepage website Paypal. Then, klik Get Started.



4. Then, klik Individual. Then, klik Continue.




5. Isi butiran yang dah disediakan.



6. Akan keluar pop-up kata laluan / password.
Isikan kata laluan korang.
Then, klik Agree and Create Account.



 7. Akan keluar lagi 1 pop-up. Pop-up untuk link dengan kak kredit atau kad debit kita.
Untuk kali ni, Musz guna kad debit Maybank.



(i) Isikan Card number.. Ala... nombor 16 digit yang ade pada depan kad debit Maybank korang.
(ii) Isi Expiration date. Expiration date ni korang boleh dapat kat depan kad debit Maybank jugak.. Yang ada perkataan valid thru. Macam dalam gambar atas ni.
(iii) Isi CSC number. CSC ni 3 digit nombor yang korang boleh dapat dari belakang kad debit Maybank tu.
(iv) Lepas habis isi, klik Link Card & Continue.

8. Then akan muncul benda ni. So, korang punya duit dalam akaun Maybank ditolak RM10.00 TAPI dia akan pulangkan semula selepas verify account bank kita.

4 Digit rahsia nombor tu akan diperoleh dalam akaun Maybank2u korang dalam masa 2-30 hari untuk dapatkan statement debit.



9. Then, akan muncul page ni. Korang klik go to your account.




TAPI 
kalau korang tak sengaja tertekan CANCEL atau ambil masa yang lama isi nombor kad debit, expiration date, CSC & lambat klik Link Card & Continue, 
JANGAN PANIK. 
Teruskan log in semula akaun Paypal korang.

 10. Klik new tab, Buka e-mail korang, sahkan atau confirmkan e-mail address untuk akaun Paypal korang.
Log in akaun Paypal semula (jika perlu)

i) Kalau tak ada mesej confirmation dekat e-mail korang, pergi dekat akaun Paypal korang, klik confirm email address.





ii) Klik Step 2. Lepas tu, masukkan e-mail.


iii) Log in e-mail, confirmkan akaun Paypal korang.

11. So, now tunggulah untuk kad debit Maybank korang untuk VERIFIED.
Ia akan mengambil masa beberapa hari (2-30 hari) untuk dapatkan statement debit.
Tapi masa Musz buat dalam 2 hari dah boleh verify. 
Kalau statement debit dah keluar, dia akan paparkan seperti yang ada dalam yakni pada bahagian Debit History.

12. Kalau korang nak tengok betul ke tak duit kat akaun Maybank korang kena tolak RM10.00 & duit Preauth Sale, korang log in Maybank2U korang.
Kat bahagian Accounts & Banking, klik Debit History.

 

SEBELUM CONFIRM E-MAIL ADDRESS,
JIKA ADA SESIAPA YANG TAK SEMPAT MASUKKAN NOMBOR KAD DEBIT MAYBANK, INI MUSZ AJAR CARANYA.

 i) Log ini akaun Paypal.
ii) Klik kat Profile>>>Add/Edit Credit Card.
iii) Klik Select a Card.

iv) Pilih VISA. Masukkan Card Number, 
Expiration Date & CSC
seperti yang Musz dah terangkan kat atas. Lepas tu klik Add Card.

 
 ____________________________________________________________________________________

SELEPAS 2-30 HARI


1. Log in dulu akaun Maybank2U korang. Klik Accounts & Banking. Klik Debit History.
Kat statement debit tu ade 4 digit rahsia korang. 
Korang ambil selepas perkataan "SALE PP*xxxx" 
Contoh: SALE PP*1234




2. Log in akaun Paypal korang.
3. Klik kat Get Verified. Masukkan 4 digit rahsia korang.





 4. Taraaa... Macam ni la rupa status akaun Paypal korang bila dah verified. :D


5. Then, lorang punya RM10.00 akan refund/dipulangkan semula ke dalam akaun Paypal.
(bukan masuk balik dalam akaun Maybank)

6. Siap !!

Selepas ni, boleh la bershopping sakan via Paypal je especially barang-batang luar negara.

SELAMAT MENCUBA! :D

Tak faham boleh tanya.. atau inbox terus kat 
facebook Mustika Johor atau DM twitter @kikamaritza :D

No comments:

Post a Comment

COMMENTS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...