Pengikut

Mustika's Guest

Selasa, 17 Januari 2012

Zoo Negara ! Akhirnya Jumpa Titik Noktah.

Ya Allah !
Akhirnya berjaya jugak program Charity for Nature kat Zoo Negara ni !
Alhamdulillah~
TERIMA KASIH SGT2 KEPADA PIHAK ZOO & PARA PESERTA YANG TERLIBAT.

X dapat musz nak gambarkan kepenatan hari ni.
Bukti???
Ada ! Ni hah !!!

*benda ni kena tampal kat lengan kanan/kiri baju.
*maaf, gambar xbyk, xde kamera. Xmmpu nak beli T__T

Seriously sgt penat & musz pon dah xlarat nak taip pnjg berjela2 sebenarnya.
*pnjg2 pon lom thu kowg bce.
eheheheheh~
Tapi ceta cam best~
So, nak gak taip pnjg2 :D

Pagi tadi agak kalut gak la..
Bgun kol 4 pgi.
Pejam celik mata, pejam celik ni pas tu bgun tros g mandi.

Perghhhh ! Sejuk giler !
Pastu tolong Kak Ida (NYDP MAJOR UPSI)
masak nasi goreng !
Seriously sedap !

Macam2 hal gak la yg jadi pg tuh.
Masalah peserta datang lewat.
Xpew..Itu dah biasa dah.

Alhamdulillah,
Sampai Zoo Negara dlm kol 8.00 pagi.
Gitu gini gitu gini, jam 8.15 pagi start.

Ktowg dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Musz n 9 owg yang lain ditugaskan di Sec. 7.
Mende tu?? O_O
Hah~
Kat situ bahagian karnivor.
Harimau & singa.

Hah!! Tu dia !!
Nampak dah pak belang tu kat kandang besi.
Singa tu plak sibuk melontarkan suara dia time ktowg dtg.
Volume suara dia xleh blah !
Macam guna mikrofon !
Seriau musz dibuatnya.
Pas tu ktowg diarahkan utk menukar kasut kepada kasut but (kasut Phua Chu Kang)
& simpan segala barang2 berharga.

Di sini lah bermulanya tugasan Musz!

Tugas 1 : Basuh napkin & tuala good morning.
aikk !! G zoo basuh napkin??
Haaa~
korang jgn x taw !
Napkin & towel tu digunakan utk sekor ank harimau yg pekerja zoo jaga.
Nama anak harimau ni KAYLA ke KAYRA ~
Cam gitu la bunyinya.
Umo dia baru 1 bulan 2 minggu.
Menyusu botol coz mak dia dah xnak jaga.
*cian si comel ini T____T
Niat di hati teringin nak bela, tapi pekerja kat situ kata,
harimau ni makanan dia 6-7kg dlm 1 hari.
Amboiii !!
Musz pon x makan byk cam tu..ahahahaha

Tugasan 2 : Cuci kandang singa.
Hah !! Time ni la nmpak singa tu beberapa inci je dari mata musz..
Serious comel singa2 ni !!
Suka3 ! :D
Kat sini Musz cuci tempat kurungan, bekas makanan & minuman dia.
Main air jew la pagi ni nmpaknya :D

Tugasan 3 : Cuci kandang harimau.
Hahh ! Kat sini lagi best !
Kat sini baru aku nmpak kandang untuk ibu harimau beranak.
*uiiissshhh! Dah mcm wad bersalin la plak !
ahahahh...
Anyway, aku jumpa gak ibu harimau yg ada 4 ekor ank !!
Pergh !! Comel seyhh !
Kerja pembersihan pon lagi senang kat sini la
kalau nak dibandingkan dgn kandang singa.
SEBAB
#Fakta: HARIMAU JARANG BERAK !!
ahahahaha...

Pastu ade 30 minit break dalam kol 10 pg.

Tugasan 4 : Membersihkan sampah & daun2 kering kat bahagian kandang harimau (kandang utk tontonan umum).
*yg tadi tu kandang privacy dia :D
Kat sini la musz mula memegang pencakar sampah setelah beberapa tahun x pegang benda ni :D
*aiiisshh ! malas betul anak dara sowang ni ! Xleh dijadikan menantu :D ahahahah...
Banyak gak la daun2 kering yg besepah2 kat kawasan ni.
Yg lelaki plak kena angkat kayu balak yg dah dipotong utk membina tempat teduh/mainan harimau tu nanti.
Then, ada plak peserta lelaki ni yg kakinya terhempap kayu balak tu =='
Kesian dia.

Kerja ktowg tu xsiap, dan ktowg sambung lagi pas rehat tgh hari.
Seriously, sgt2 letih.
Badan pon dan berbau jew kan~~
Aishhh !

Tugasan 5: Sambungan tugas 4.
Sambung la menyapu daun2 kering kat bahagian lain plak.
Pas tu, bila dah siap, rilex2 jap !
Lepas peserta lelaki pon dah siap,
ktowg pon snap2 gambar kat kawaan rehat harimau tu :D

Tugasan 6: Memberi makan rusa bintik & rusa babi.
Ktowg dibawa ke kandang rusa2 ni.
Ktowg diarahkan utk memberi dyowg makanan yg disediakan.
Makanan dyowg???
Nasi, lauk ayam goreng, ikan masak lemak cili api~
ahahahah..
xde la..
Mestilah dyowg makan daun, sayur kobis, pisang & smtg called pallet.
Musz pon xreti nak eja bnda alah tuh.
Hah ! Time ni la aku berpeluang nak bagi rusa tu makan pallet kat atas tapak tgn Musz.
Memula tu takot gak.
P yg lain dah cuba, knpa musz x try kan??
So, Musz pon try la jugak..
Ahahahah...seronok la !
Kowg pon ptot cuba..
X putus x tgn kowg tuh !
#Fakta: Rusa ni ada gigi bawah jew~
Pastu, ada sekor Rusa Babi betina ni dijumpai mati.
X taw sbb pew..
Then, ktowg keluarkan guna kereta sorong.
*berat juga rusa ni.

Tugasan 7: Memberi makan puma, harimau bintang, jaguar.
*kalau x silap la.
Ya Allah, punya la manja gila harimau bintang ni.
Namanya pon Manja.
Dpt la jugak aku pgg bdn dia ni.
Yg Saiful (jaguar) tu tgok je ktowg dr jauh~
Tapi time makan, puma jew yg masuk mkn kat kndang,
Manja & Saiful malu nak makan coz ramai sgt manusia yg ada kat situ :D

Kemudian, kami dibawa semula ke Sec. 7
& dibenarkan utk melihat singa & harimau.
*bagi ssape peserta yg belom tgok~
Pastu selesai la kerja kami !!

Pas kumpulkan peserta & pemberian cenderahati kat pihak zoo,
ktowg pon balik.
Dah, musz da penat~
Nak tido !!
Esok nak balik kmpung :D

*Aktiviti volunteering kat zoo ni sgt best !
Kowg patot cuba..

3 ulasan:

  1. untung r.. binatang peliharaan kt umah pn dh cm harimau versi katik.. huhuhu~~

    BalasPadam
  2. part ank harimau n singa tu rasa cam dengki je....teringan nak buat jgak..hehe

    BalasPadam

COMMENTS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...