Followers

Mustika's Guest

Saturday 6 June 2009

Temuduga

A - PENEMUDUGA.
B- ORANG YANG DITEMUDUGA.


SITUASI 1.

A : Ada girlfriend?
B : Ada.
A : Dia bekerja dalam negara ke tidak?
B : Oh tidak, Dia bekerja di luar negara.
A : Maaf, syarikat kami tidak boleh terima kamu bekerja di sini.
B : Mengapa?? (nada terkejut)
A : Emm kamu mesti tidak akan lama kerja disini dan yang paling penting, syarikat kami tidak akan mampu mem bayar bil panggilan antarabangsa kamu!

SITUASI 2

A : Kamu ada teman wanita?
B : Tiada.
A : Tak cuba untuk mendapatkan seseorang ke?
B : Pernah mencuba tapi tidak berjaya.
A : Pernahkah kamu terfikir untuk mendapatkan kerja terlebih dahulu dan kemudian barulah mencari teman wanita?
B : Saya mementingkan kerjaya dan buat masa sekarang saya tidak mahu memikirkan perkara (cinta) tersebut, itu urusan peribadi.
A : Nampaknya saya tidak dapat menggaji kamu.
B : Tapi kenapa encik??
A : Kamu lemah kemahiran berkomunikasi dan tiada keyakinan diri, itu saja.

SITUASI 3

A : Kamu nampak canik dan bergaya. Tentu kamu sudah mempunyai teman lel
B : (Tersenyum bangga). Emm ya saya.
A : Sudah tentu dia seorang yang kaya (sambil mengurut janggut)
B : Tuan memang bijak. Diantara yang terkaya dalam negara ini dan memiliki syarikat besar.
A : Ooo begitu rupanya. Cik maaflah, saya tidak dapat menerima kamu bekerja disini kerana teman lelaki sendiri pun tidak menerima kamu bekerja di syarikatnya. Inikan pula saya.
B : Tapi... tiada jawatan yang sesuai dengan saya di syarikatnya.
A : Jadi apa jawatan yang sesuai dengan kamu?
B : Setiausaha.
A : Maaf sekali lagi. Kamu tidak layak bekerja disini kerana kecantikan kamu akan menjejaskan semangat kerja pengurus kami.
B : Tapi saya bukannya cantik sangat pun encik.
A : Haa!! Itu lagi bermasalah sebabnya pengurus saya pula pasti tidak berminat dengan kamu.
B : Glup!!

SITUASI 4

A : Ada girlfrend?
B : Ada.
A : Cantik tak?
B :Biasa-biasa je.
A : Hmm... Maaflah kamu tidak layak berkeja di sini.
B : Mengapa encik?
A : Syarikat kami terlibat dalam perniagaan berkaitan seni dan memerlukan seseorang yang berseni. Tetapi kamu langsung tidak mempunyai ciri-ciri tersebut. Teman wanita pun biasa-biasa je.
B : Haa... (Melopong)

No comments:

Post a Comment

COMMENTS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...