Pengikut

Mustika's Guest

Sabtu, 28 Februari 2009

Sajak Cinta Aku yang Pertama Dalam Bahasa Melayu


Sajak ni ori taw...
Aku karang tahun lepas..
Masa lower6..
Masa ni tengah hangat bercinta dengan Pootera Salju...
Pootera Salju happy giler bila aku bagi dia sajak ni coz ada pasal lagu 'Kau TetapDalam Anganku'..
Dia minat giler lagu tu...



TAJUK : 20 Bait Muzik Cinta


Hadirnya dia dalam hidupku,
Mengisi sepi di lubuk hati,
Yang sekian lama gersang tanpa cinta.

Irama hati mengikat kasih aku dan dia
Melodi cinta menyulam kata seindah bahasa,
Bernadakan 'Aku Cinta Dia'.

Bersama tarian optimis,
Ingin ku khabarkan seluruh alam fana,
Tulus cintaku hanya untuknya.

Lamunan dikarang semerdu nyanyian,
Turut beserta seindah lafaz cinta,
Menerawangkan diri ini di alam fantasi.

'Kau Tetap Dalam Anganku' menjadi melodi suci,
Maka tergubahlah lirik cinta mekar di hati,
Agar gemersik kasih tetap bersemadi.

Ku habisi usia hayati muzik cinta,
Ku hiasi kuntuman doa sebuah tangkai kasih,
Yang menghamparkan selautan cinta sejati.

Tirai cinta ini takkan pernah ku labuhkan,
Walaupun baru sekarang kau baca ini semua.


Karya Asli;
BidADaRi kEciL MuSTikA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

COMMENTS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...