Followers

Mustika's Guest

Monday 6 August 2012

Kahwin Awal

Assalamualaikum.. Ehee„, 
Salam Ramadan semua ^^
Sejak dua menjak ni, ramai sangat-sangat yang sibuk discuss & post kat Facebook atau Twitter atau Blog ttg “Kahwin Awal”.


Tak dinafikan, aku pun suka dengar apabila ada kawan-kawan yang dah kahwin awal ni. Menangis syaitan bila korang semua korang nikah awal. Si Ayah pun x perlu nak tanggung dosa Si Anak Daranya jika Si Anak Dara kahwin awal. Kalau Kahwin Awal, boleh pregnant awal. Mummy muda la katakan. hewhew ^^

Lagipun daripada kita bercinta bagai nak rak, pergi dating sana sini. Lebih baik jika kahwin awal. Ye tak?
Bila dah nikah ni, ko bercinta bagai nak rak pun, orang tak kisah sebab dah HALAL untuk ko. Bila dah nikah ni, ko pegang-pegang ke, ko peluk ke, tak de masalah. Dia suami kau. Rezeki pun mencurah-curah lepas kahwin ^^
TAPI
Musz nak cakap sikit la (pendapat Musz, tak nak terima, SUDAH).

Bukan semua orang atau Anak Dara mampu nak KAHWIN AWAL. Musz tak payah beri contoh jauh-jauh la. Contohnya Musz. Cukup.

Siapa weh tak nak kahwin awal, nikah awal, ada baby di usia muda? Musz pun nak. Tapi fikir-fikir balik, Musz masih belajar.

Ada yang kata alasan MASIH BELAJAR tak diterima sebabnya ramai je yang boleh cemerlang dalam pelajaran walaupun dah kahwin & terikat dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Perkahwinan ni lebih membangkitkan semangat untuk lebih tekun belajar (orang yang kata, Musz tak tahu la). Pendorong la katanya~

TAPI

Pada pendapat Musz, Musz sendiri tak akan mampu nak fokus dalam pelajaran jika Musz kahwin masa belajar.
Hek eleh,belum try, dah kata tak mampu.
Ye la. Diri kita sendiri yang tahu tahap kemampuan kita, kan?? Musz tahu kalau Musz kahwin awal, kena fikir tanggungjawab terhadap suami, kena fikir jugak tanggungjawab terhadap Universiti. Belajar & ngadap buku je tak guna kalau kita tak libatkan diri dalam kokurukulum. Letih la kalau macam ni. Silap-silap hujung minggu yang sepatutnya bersama keluarga, kena korbankan untuk aktiviti kokurikulum.
Untuk capai kejayaan, kita perlu korbankan salah satu.
So, takkan semata-mata nak aktif dalam kokurikulum & cemerlang dalam pelajaran, kita kena korbankan tanggungjawab terhadap suami. Ok, kalau dapat suami yang jenis memahami, tak pe la. Kalau yang jenis tak faham dengan situasi Musz, macam mana? Mula-mula memang la dia kata tak apa. Nanti kalau dah ada anak, adakah Si Suami akan kata, “Tak ape, awak fokuslah terhadap pelajaran awak”. Kalau Si Suami kata macam tu, mungkin dalam bentuk sindiran. Hehehe…
Jangan fikir negatif terhadap orang lain. Lain orang, lain pandangannya.
Hah ! Disebabkan KELAINAN itulah aku sanggup tak KAHWIN AWAL buat masa ini.

Musz nak tekankan sekali lagi TANGGUNGJAWAB sebagai isteri bukan semudah yang disangka. Si Isteri perlu menguruskan segala makan minum Si Suami, uruskan rumah, layan Si Suami & pelbagai tanggungjawab lagi.
Alaa, bila dah kahwin nanti, kau automatik akan jalankan tanggungjawab kau dengan bahagia & seronok.
Yeah ! Itu kata kau. Musz tak kisah. Pada Musz, Musz belum bersedia nak galas tanggungjawab yang BESAR tu. Lagi Musz tak pandai masak. Takkan nak bagi makan Si Suami ni batu & kayu, kan?
Dah tahu nak kahwin, belajar la masak dari sekarang. Tak reti-reti lagi ke? Asyik menghadap Tumblr, Twitter & Facebook, mananya pandai kalau gitu.
Weh ! Musz ngadap semua-semua ni sebab Musz tengah kerja kat Cybercafe lah.. Haishhh !! Nanti-nanti lah belajar masak, bukan Musz nak kahwin awal pun.

Pasal tanggungjawab lagi. Musz anak sulung daripada tiga orang adik beradik semuanya perempuan. So, Musz lah yang menjadi harapan mak & abah Musz. Kalau Musz kahwin awal, memanglah abah boleh terlepas daripada menanggung dosa Musz.

TAPI

Abah Musz bukan macam Abah korang. Abah Musz dah tua & selalu sakit-sakit. Dah tak kuat dah kalau nak kerja. Tambahan pula, keluarga Musz ni bukan orang senang. Musz tak kisah pun hidup susah macam ni. Matlamat Musz sekarang ialah nak bahagiakan keluarga.
Alaa, kalau dah kahwin nanti, Si Suami sedikit sebanyak boleh bantu keluarga Mertuanya.
Hello, senang je cakap. Tak semuanya akan buat gitu (Musz berani cakap sebab benda dah pernah jadi depan mata). Mengungkit dah 1 hal, pastu merungut kononnya terbeban. Errkkk, tak payahlah, Musz mampu tanggung family Musz lah. Tak perlu nak harapkan dia.

Ok, sambung balik pasal tanggungjawab. Musz sambung belajar dengan izin Allah & harapan Family Musz yang menggunung agar Musz dapat bawa pulang segulung ijazah & dapat kerja yang baik-baik. Musz pegang kata-kata Abah.
Belajar betul-betul. Kau harapan keluarga. Nak bercinta ke apa, tunggu lepas belajar & dah dapat kerja nanti. Masa tu abah tak halang.
Look, sebab tu Musz belum bersedia nak KAHWIN AWAL. Situasi Family Musz yang susah ni membuat Musz sedar yang Musz kena dahulukan Family. Tak ape lah Musz kahwin lewat ke tak kahwin-kahwin, asalkan mak & abah happy + adik-adik berjaya. Musz pun kalau nak kahwin, semua belanja perkahwinan, Musz yang tanggung. Family Musz bukan orang berada yang mampu tanggung semua belanja nikah & majlis resepsi.
Kalau betul tak mampu, buat majlis nikah je. Lebih afdal.
Ok fine TAPI musz perlu ringankan dulu tanggungjawab sedia ada, barulah fikir pasal KAHWIN & tanggungjawab utk keluarga yang lagi 1 tu. Seperti status FB aku yang sebelum ini.
Kahwin awal tu bagus, TAPI jangan lupa tanggungjawab setelah berkeluarga. Kahwin is not about try & error.
TAPI

Korang cuba la jangan nak mengata atau memburuk-burukkan orang yang lambat kahwin atau tak kahwin-kahwin + terlalu mengagung-agungkan orang yang kahwin awal. Cukuplah secara bersederhana.

Kita ingat balik apa yang kita pernah belajar masa sekolah agama atau dalam subjek Pendidikan Agama Islam dulu. Jodoh & Maut tu semua Allah yang tentukan. Kita hanya mampu berusaha sedaya kita.

Bagi yang KAHWIN di USIA MUDA tu mungkin rezeki dia. Allah dah takdirkan rezeki dia kahwin awal pada usia sebegtu.

Bagi yang belum kahwin lagi tu, cuba lah jangan dikutuk-kutuk. Kononnya terlalu memilih lah, tak mahu ikut Sunnah lah & macam-macam lagilah yang Musz dengar. Ingat balik, Jodoh tu di tangan Allah. Jodoh tu dah ditentukan sejak Azali lagi. Kalau Allah dah takdirkan Si Polan binti Si Polan ni berkahwin dengan ………. pada usia 55 tahun, nak atau ape kan? Bukan dia tak berusaha.
Boleh tak kalau kita semua ni berfikir positif tentang apa yang dah ditentukanNya?
Kalau dia tak berkahwin sepanjang hayat dia, mungkin Allah tengah menguji dia sama ada dia kuat atau tidak menjaga maruah diri dia sepanjang hayat dia.
lagi 1, macam mana nak kahwin, kalau tak ada yang masuk meminang atau tak ada yang nak kan kita? haissshhh ==’
Orang yang dah kahwin pulak, jangan lupa. Korang juga tetap diuji Allah dengan pelbagai masalah & tanggungjawab sepanjang berumahtangga.

KESIMPULANNYA, KAHWIN AWAL NI ADA PRO & CONS MASING-MASING. Yang mana mampu kahwin awal tu kahwin lah~

Yang mana belum mampu, kerja dulu & dalami ilmu Munakahat ni untuk persiapan jika berumahtangga kelak ^^
*senang cerita, kalau orang yang menyokong kahwin awal akan memberi beribu-ribu alasan, begitu juga sebaliknya ^^v

No comments:

Post a Comment

COMMENTS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...