Followers

Mustika's Guest

Saturday, 21 March 2015

Temuduga SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran)


  • Pertama sekali masa Musz dapat tahu tentang panggilan interview SPP untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 melalui website SPP. 
  • Perkara pertama yang Musz buat selepas dapat tahu dapat panggilan temuduga ialah CALL MAK ABAH & MOHON CUTI DARI ENCIK BOSS. Hehe.. Penting woo… Lepas tu barulah buat yang lain-lain.


PERSIAPAN DOKUMEN PENTING SEBELUM INTERVIEW SPP

  1. Download dan print slip panggilan temuduga (Gambar 1), senarai semak dokumen temuduga (Gambar 2) dan Surat Pengiktrafan JPA (Gambar 3).
  2. Susun sijil-sijil dan dokumen dalam fail clear folder mengikut senarai semak dokumen & diikuti yang sijil penting-penting (Gambar 4).
  3. Fotostat dan minta pengesahan daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Contoh: Pengetua, pensyarah, GPK 1, GPK Koku, GPK HEM dan lain-lain) (Gambar 5).
  4. Cuci gambar bersaiz passport (Gambar tak pakai blazer pon tak pe).
Gambar 1: Slip Panggilan Temu Duga SPP
Gambar 2: Senarai Semak Dokumen Temu Duga

Gambar 3: Surat Pengiktirafan JPA (ISMP Geografi)

Gambar 4: Susunan Dokumen Original

Gambar 5: Susunan Salinan Dokumen yang perlu Disahkan Oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A


PERSIAPAN DIRI SEBELUM INTERVIEW SPP

  1. Baca isu-isu semasa, isu pendidikan, pedagogi, dasar-dasar dan content mata pelajaran kita (Contoh: Musz buat revision  mengenai Geografi sebab amik course Geografi).
  2. Kemas kini buku RPH.
  3. Beli atau pinjam blazer. Harga blazer wanita baru sekitar RM35 – RM200. Bundle pulak sekitar RM30 – RM50. (Seeloknya pakai laaa blazer…) (Gambar 6).
  4. Sediakan name tag 1 perkataan yang bersaiz: 7.5 x 2.5 cm. (rujuk pekeliling pemakaian tanda nama) (Gambar 7).
  5. Sediakan baju & kasut formal yang hendak dipakai pada hari temuduga (Gambar 8).
  6. Survey lokasi temuduga.
  7. Minta restu ibu bapa dan minta maaf dengan semua orang.
  8. Banyakkan berdoa & buat solat sunat hajat. Contoh: Doakan semoga panel penemuduga dilembutkan hati dan semoga kita dipermudahkan menjawab soalan interview + lulus interview.
  9. Jaga kesihatan.
Gambar 6: Blazer Lelaki dan Wanita


Gambar 7: Saiz name tag


Gambar 8: Pakaian Formal untuk Temu Duga SPP



HARI KEJADIAN: HARI INTERVIEW SPP (18 MAC 2015, RABU)

6.00 pagi
Selepas solat Suboh, Musz bertolak ke tempat interview dari rumah sepupu di Taman Kota Masai, pasir Gudang. Tempat interview di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, Johor Bahru.
IPG Kampus Temenggung Ibrahim ni tak jauh dari Terminal Bas Larkin dan bersebelahan dengan Perpustakaan ape ntah.. Tak ingat nama library tu.

6.37 pagi
Tiba di Petronas berhampiran IPG Kampus Temenggung Ibrahim. Makan roti sikit, study sikit2.

7.10 pagi
Tiba di lokasi temuduga iaitu di Bangunan Pusat Sumber bersebelahan Blok Pentadbiran.

7.30 pagi
Ada 3 bilik temu duga. Musz Bilik Temu Duga 3. Calon untuk Bilik Temu Duga 3, tunggu di perpustakaan. Lepas tu, apa yang kena buat?

  1. Tandatangan borang kehadiran.
  2. Staf SPP yang akan panggil setiap orang untuk semak fail clear folder, semak nama, alamat & no telefon serta tandatangan dalam borang yang disediakan. Staf ni juga akan kutip salinan dokumen yang dah disahkan. (Akan dipanggil ikut senarai nama mengikut susunan course & susunan nama mengikut alphabet)
  3. Staf SPP ni juga akan beritahu nama & gelaran panel penemuduga. Nama panel penemuduga Musz, Encik Ibrahim (Guru Cemerlang Geografi) dan Puan Sharifah (Pegawai SPP).
  4. Staf SPP juga akan beritahu tips soalan yang bakal disoal. Masa Musz, staf SPP pesan kena ambil tahu isu-isu semasa dan dasar-dasar.
  5. Staf SPP ni juga ada beritahu cara menjawab sekiranya kita tak tahu jawapan yang disoal.
 “Maaf tuan/puan/Datuk/Datuk Seri, saya kurang informasi berkenaan hal tersebut”
  1. Calon akan dipanggil secara berkumpulan mengikut course & susunan nama mengikut alphabet. Setiap kumpulan masuk 5 hingga 4 orang. Anggaran setiap kumpulan akan ditemuduga selama 1 jam.
11.00 pagi
Kumpulan Musz (kumpulan 4) dipanggil masuk bilik temuduga. Calon kumpulan 4: Mahirah (USM), Adhar (USM), Ridhwan (UPSI), Mustika (UPSI) dan Aziah (UPSI). Benda yang akan kita bawa masuk ke bilik interview ialah buku RPH dan fail clear folder yang ada sijil-sijil kita tu.

     -  Kat bawah ni antara soalan yang Kumpulan Musz dapat. Ada soalan yang tak dapat 
        jawab. Ada juga yang dah dapat jawab, TAPI salah.
     -  Ada soalan yang panel direct tanya kat kita (sebut nama kita)
     -  Ada soalan yang siapa cepat, dia dapat jawab. (untuk soalan ni, siapa nak jawab, 
        angkat tangan)

SOALAN-SOALAN INTERVIEW SPP KUMPULAN MUSZ
_________________________________________________________

  1. Ada berapa benua di dunia.
Jawapannya: 7 benua (Benua Asia, Benua Australia, Benua Eropah, Benua Afrika, Benua Amerika Utara, Benua Amerika Selatan dan Benua Antartika)
___________________
Guru Cemerlang Geografi: Encik Ibrahim

  1. Perkenalkan diri.
Jawapan: Nama, umur, course, universiti, pekerjaan terkini dan PNGK.

  1. Ada yg sambung master tak?
Jawapan: Fikir lah jawapan mana yang sesuai.

  1. JSU @ JSI (Jadual spesifikasi ujian)
Jawapan:  Jadual Spesifiikasi Ujian ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan iaitu mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan mengikut sukatan pelajaran dan objektif pengajaran.
Langkah membina JSU:
              i.  Mengkaji sukatan pelajaran
              ii. Menganalisis objektif pembelajaran
              iii.Menentukan bilangan soalan
              iv.Menentukan jenis soalan
          Lain-lain jawapan yang berkaitan boleh diterima.

  1. Apa itu set induksi?
Jawapan: Pendedahan untuk membuka minda dan menggerakkan struktur kognitif murid. Set induksi ini dibuat supaya dapat menarik perhatian murid, supaya murid lebih berminat, menimbulkan rasa ingin tahu murid dll.
Lain-lain jawapan boleh diterima.

  1. Set induksi untuk tajuk padang pasir.
Jawapan: Lagu, gambar haiwan dan tumbuh-tumbuhan padang pasir, video, kaitkan dengan cuaca dll.
Lain-lain jawapan boleh diterima.

  1. Pembelajaran abad ke 21.  (kaitkan dengan tajuk padang pasir)
Jawapan: Meningkatkan murid berfikir, dll
Lain-lain jawapan boleh diterima

  1. Markah untuk jawapan murid "Tiada tumbuhan di padang pasir kecuali pokok kaktus".
Jawapan: 0 markah. Bergantung pada ayat. Fakta tidak boleh diubah.

  1. Peranan ketua panitia.
Jawapan:
          -  Menguruskan fail panitia
          -  Menyelaras dan menyemak persediaan kertas soalan dan skema jawapan.
          -  Menyediakan laporan analisis peperiksaan.
          -  Memikirkan cara untuk meningkatkan prestasi suatu subjek.
          -  Merancang dan menyelaras program peningkatan prestasi.

  1. Surat jemputan pertandingan pantun nak masuk kat fail mana?
Jawapan: Fail kokurikulum

  1. Persatuan, kelab n badan beruniform yang ada di sekolah.
Jawapan: Persatuan Bahasa Melayu dll.
Jawab je apa-apa persatuan yang ada di sekolah dan anda pernah libatkan diri.

  1. Peranan pengerusi persatuan.
Jawapan:
          -  Sebagai pemimpin
          -  bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang berbangkit dengan adil dan  berkesan.
          -  bertanggungjawab menjayakan aktiviti persatuannya dan berperanan  melaporkan kepada Penaung atau Penasihat.
          -  Dapat menyatukan semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan dalam semua aspek.
          -  Mempengerusikan semua mesyuarat agung dan mesyuarat ahli jawatankuasa, menguruskan pembahagian tugas ahli-ahli jawatankuasa serta menyelaraskan semua tugas dan kegiatan persatuan.
           - Membuat penilaian, perancangan, dan menggubal dasar persatuan dari masa ke semasa agar pengurusan persatuan berjalan dengan lancar dan sempurna.
           Lain-lain jawapan boleh diterima.

  1. Peranan pengetua.
        Jawapan: 
        -  Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.
        -  Bertanggungjawab dalanm hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
        -  Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
        Tugas pengetua: Pengurusan Kurikulum – Kerja Ikhtisas
        -  Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi Kementerian Pendidikan.
        -   Menentukan sasaran sekolab, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
        -   Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan.
        -   Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar.
        -   Menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data-data analisis peperiksaan digunakan untuk erancangan dan tindakan susulan.
        -   Menyelia dan mencerap proses P&P.
        -   Memeriksa Buku Rekod Mengajar Guru, Buku Kemajuan Pelajar, Buku Profil, Buku Kedatangan Pelajar dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari masa ke masa.
        -   Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu.
        -   Menentukan keberkesanan pengguna PSS.
        -   Memastikan panitia matapelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan dengan berkesan.
        Tugas pengetua: Pembangunan diri murid
        -  Memastikan polisi untuk aktiviti kokurikulum.
        -  Mernastikan pelaksanaan program pembangunan diri pelajar, Kemahiran Mengurus Diri, Kemahiran Belajar dan Motivasi.
        -  Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin sekolah.
        Lain-lain jawapan boleh diterima.

  1. Peranan utama gpk 1
Jawapan: Menyelaras kurikulum sekolah.

  1. PIBG. Gelaran ketua PIBG?
Jawapan: Yang dipertua.

  1. SARANA. Sekolah mana yang menang utk sarana?
Jawapan: SK Muzaffar Shah, Ayer Tawar 3, Kota Tinggi
_________________________

SPP: Puan Sharifah

  1. Apa perubahan daripada KBSM kepada KSSM / KBSR kepada KSSR?
Jawapan:
          -  KBSM kepada KSSM: Penekanan subjek Sejarah dan KBAT.
          -  KBSR kepada KSSR: daripada 3M (Membaca, menulis, mengira) kepada 4M
             (membaca, menulis, mengira, menaakul).
             Lain-lain jawapan boleh diterima.

  1. NKRA ada berapa elemen. Nyatakan elemen & menterinya.
Jawapan: NKRA ada 6 elemen:
          i.        Mengurangkan jenayah: YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri)
          ii.       Membanteras Rasuah: YB Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
          iii.      Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu – YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)
          iv.      Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah – YB Dato' Sri Hajah Rohani Binti Haji Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
          v.       Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
          vi.      Menambah baik pengangkutan awam bandar - Datuk Seri Liow Tiong Lai (Menteri Pengangkutan)

  1. Nyatakan elemen2 dalam NKRA (pendidikan).
          Jawapan:
          i.  Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah.
          ii. Meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS).
          iii.Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi
          iv.Insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah

  1. Kaitan antara NKRA, FBK & objektif Wawasan 2020. Fokus utamanya?
Jawapan:  memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negarauntuk PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA YANG BENAR-BENAR MAJU MENJELANG TAHUN 2020 MENURUT ACUAN KITA SENDIRI.

  1. GST. (Terangkan secara mudah kepada ibu bapa yang bekerja sebagai penoreh getah). *tak nak ayat surat khabar
Jawapan: Cukai yang dikenakan sebanyak 6% terhadap sesetengah barang dan perkhidmatan kecuali barang-barang asas dan perkhidmatan kerajaan ATAU mana2 jawapan yang lebih mudah dan difahami orang kampung.
Lain-lain jawapan boleh diterima.

  1. Kementerian yang mengendalikan GST dan menteri keduanya.
Jawapan: Menteri Kewangan. YB: Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanazlah

  1. GST bawah agensi apa?
Jawapan: Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

  1. Isu kedaulatan negara yang berkaitan geografi.
Jawapan:
          i. Pulau Batu Putih. Perebutan antara Singapura dan Malaysia. Singapura menang sebab Singapura jaga pulau tersebut & telah membina rumah api di pulau tersebut.
          ii. Pulau Spartly. Perebutan antara China, Malaysia, Brunei, Filipina dan Vietnam. Pulau Spartly menjadi rebutan banyak negara kerana terdapatnya sumber petroleum, kawasan perikanan dan terdapatnya biodiversity yang tinggi (terumbu karang).Isu tuntutan bertindih di laut china selatan diselesaikan oleh PBB dengan mengatakan bahawa setiap negara yang menuntut pulau spartly hanya boleh menggunakan/memperoleh hasil 200 batu nautika daripada garis pantai sempadan negara masing-masing.
           iii. Pulau Sipadan. Perebutan antara Malaysia dan Indonesia. Malaysia menang kerana Malaysia jaga pulau tersebut.
                Lain-lain jawapan boleh diterima.

  1. Titik ukur sempadan negara (garis pantai).
Jawapan: Penentuan garis pangkal sempadan maritim
          i.  Garis pangkal biasa bermula dari tikas air surut disepanjang pantai.
          ii. Garis Pangkal Achipelagic bermula dari 12 batu nautika dari tepi pantai.
          iii.Garis pangkal lurus bermula dari 2 batu nautika dari tepi pantai.
          iv. Sempadan Laut Wilayah dari garis pangkal Malaysia adalah 12 batu nautika.
          v.  Sempadan Zon Ekonomi Eksklusif ( ZEE) bermula dari 200 batu nautika dari tepi
               pantai.

___________________________________________________________________

Selepas 1 jam, then barulah lega dapat keluar daripada bilik temu duga tu ! :)
Alhamdulillah.



Now, doa je la banyak-banyak semoga Musz dan rakan-rakan yang lain lulus temu duga dan dapat posting tahun ni :D

Akhir sekali, terima kasih banyak-banyak kepada mak abah, adik2, kak bai, abang labu, Shidiq, kawan-kawan, sedara mara & sesiapa yang dah banyak tolong dan mendoakan Musz untuk interview kali ni.

DOAKAN KAMI YA :)
DOAKAN JUGA UNTUK RAKAN-RAKAN LAIN YANG BELUM DIPANGGIL INTERVIEW SUPAYA DAPAT DIPANGGIL INTERVIEW SECEPAT MUNGKIN :)

COMMENTS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...