Pengikut

Mustika's Guest

Rabu, 8 April 2009

HIKAYAT SEBUAH CINTA



Cinta adalah kalimah derita,
Melenyapkan semua kisah duka.
Cinta itulah yang menyedarkan diriku
bahawa tiada kasih yang kekal selain
kasih kepada Allah S.W.T.

Aku yang dingin terhadap alam percintaan,
akhirnya terjebak dalam kemelut perasaan
terhadap Pootera Salju.

Pertemuan di PLKN telah membuah rasa di hati masing².
Aku benarkan diri ini mengenal rindu dan cintanya.
Cinta aku dan dia diikat dengan sejuta impian dan janji.
Kesantunan bahasanya,
keindahan budinya merantai hatiku.
Irama hatinya mengikat kasih aku dan dia.
Redup kasih sucinya mmayungi diriku.
Haruman kasihnya peneman setia.
Sesetia cintaku padanya.
Bagaimana setianya malam pada siang,
begitulah setianya diriku padanya.

Namun, dugaan melanda jua akhirnya.
Cinta terlerai atas pertikaian dan penafian khabar duka.
Ada hati merana..
Ada luka yang terdera lalu
mencarik duka yang bukan sedikit.

Mengapa kasih mencengkam jiwa
jika jodoh bukan milik kita??
Haruskah ia berakhir sebegini rupa??
Mampukah diusir rindu yang mendatang??
Aku tertanya pada diri..
Salah siapakah ini??

Di saat kesepian mengepung diri,
hanya air mata setia menemani.
Bidadari Kecil mesti pasrah!..
Luka ini harus ku rawat sendiri..


Pergilah derita!
Kerana aku jemu bertemankanmu..
Andai tiada cinta,aku redha takdir-Nya.
Biar ku pujuk hatiku yang lara.
Ku biarkan rindu ini merangkak jauh..

Selagi hatiku masih bersuara
dan nafasku belum berakhir,
kasihku sentiasa mekar buat Pootera Salju.
Hadirlah kasih walau sedetik cuma
kerana hujan masih belum berhenti.
Mendung yang mengekoriku berlalu
bersama segugus rindu buat Pootera Salju.

Pootera Salju akan tetap abadi bersemadi di hatiku selamanya.
Tiada pengganti yang dapat menggantikanmu.
Kau tetap dalam anganku.

~CORETAN LUKA~
EThoDia BidADaRi kEciL MuSTikA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

COMMENTS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...